Monday, January 24, 2011

Rahsia Solat (Sembahyang)

Di sini saya ingin mengutip tips rahsia solat dari buku koleksi saya secara ringkas tentang rahsia setiap pergerakan kita dalam solat 5 waktu.Apabila setiap pergerakan solat kita tahu akan rahsia dan ganjaran yang bakal menanti sudah tentu ianya dapat menguatkan lagi hati seseorang hamba Allah untuk beribadah kepada Allah swt.ini antara bingkisan saya buat anda.


1) Niat Sembahyang
    Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat


2) Berdiri Betul
   Fadhilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur


3) Takbir-Ratul Ihram
    Fadhilatnya sebagai pelita yang menerangi kita dalam kubur


4) Fatihah
    Fadhilatnya sebagainya pakaian yang indah-indah di dalam kubur


5) Ruku'
    Sebagai tikar kita di dalam kubur


6) I'tidal
    Akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur


7) Sujud
    Memagar kita ketika menyeberangi titian SIROTOL MUSTAQIM


8) Duduk antara Dua Sujud
    Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur


9) Duduk antara Dua Sujud (akhir)
    Menjadi kenderaan ketika kita di Padang Mahsyar


10)Tahiyyat Akhir
     Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh mungkar dan nangkir di dalam kubur


11)Selawat Nabi
     Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur


12) Salam
     Memelihara kita dalam kubur


13)Tertib
     Akan pertemuan kita dengan Allah swt


Berikut adalah antara rahsia yang terkandung dalam amalan solat kita seharian.kebenaran yang hakiki hanya Allah sahaja yang mengetahui.walau bagaimanapun pengkhabaran ini adalah satu titik permulaan yang amat baik untuk kita perbaiki lagi mutu solat supaya kita dapat menjadi orang-orang yang Allah cinta dan mendapat rahmat Allah di alam barzakh (alam kubur) apabila nyawa sudah kembali kepada penciptanya(khaliq).bagaimana pula dengan solat kita?jawapannya semuanya ada pada anda. :-)




 

No comments: